Khamis, 29 November 2012

Selamatkah bercinta di alam siber

KES pasangan bercinta melalui alam maya bukan lagi isu biasa. Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kes rumahtangga terkini, enam daripada 10 kes rumah tangga berpunca daripada cinta yang bermula di alam maya.
Realitinya, individu tidak kira lelaki atau wanita mudah terpedaya dengan cinta alam maya kerana mereka ini terlibat dengan perhubungan tidak nyata.
Secara khususnya, mereka ini tertipu dengan kebaikan diri pasangan yang tidak dikenali secara zahir dan berterus terang.
Lazimnya setiap individu akan berusaha untuk menonjolkan yang terbaik bagi menambat hati rakan baharu yang dirasakan sesuai menjadi teman istimewa.
Hubungan siber jadi lebih indah apabila pasangan baharu berusaha untuk memahami kekalutan yang dihadapi, kononnya sedia berkongsi apa sahaja permasalahan.
Zina siber
Saya pernah kendalikan kes pasangan yang bermasalah disebabkan si suami berzina menerusi internet, menggunakan e-mel untuk mengirimkan gambar-gambar bogel kepada pasangan.
Perhubungan bertemu muka tidak berlaku dan sekadar bertukar gambar bogel masing-masing (secara spesifik, gambar alat sulit masing-masing sahaja, tanpa wajah) disertakan dengan ayat-ayat yang merangsang nafsu.
Si isteri yang terjumpa kesemua e-mel itu pastinya tidak dapat bersabar apatah lagi menerima.
Bukan saja suami, satu kes hujung tahun lalu, perkahwinan berusia enam bulan berakhir apabila suami mendapat tahu kerja jahat si isteri bermesej lucah dengan rakan-rakan siber.
Hakikatnya, walau secara siber, tanpa pertembungan dua jasad, arahan syarak agar jangan mendekati zina telahpun berlaku dalam kes-kes di atas.
Bukan saja berdosa, malah ia boleh merosakkan kebahagiaan perkahwinan dan diri sendiri. Mereka yang mendapat kepuasan melalui seks alam siber ini boleh dikategorikan sebagai melakukan onani dan boleh memberikan kesan kepada hubungan seksual suami isteri juga.
Bertindak profesional
Tidak ada salahnya suka berinternet atau mencari rakan di alam maya, cuma perlu pastikan anda bertindak profesional dengan menjadikannya sebagai satu kemudahan untuk mempertingkatkan keperibadian dan kecemerlangan, bukan untuk merosakkan diri sendiri dan insan sekeliling.
Internet boleh digunakan untuk memudahkan segala urusan hidup seharian selain dapat merapatkan hubungan suami isteri yang berhubungan jarak jauh malah suami isteri yang tinggal serumah.
Ikhlaskan niat anda untuk menggunakan kemudahan teknologi yang ada ini dan berusaha untuk tidak merenggangkan hubungan suami isteri atau keluarga. Pastikan biar apa juga yang dilakukan, pasangan dan anak-anak lebih diutamakan.
Anda juga boleh berkawan semula dengan bekas kekasih atau bekas pasangan anda di alam maya. Tiada masalah kerana perpisahan yang berlaku dalam hubungan cinta atau perkahwinan bukan satu alasan untuk terus memutuskan silaturahim.
Apa yang penting adalah anda perlu bijak dalam berkomunikasi dan tidak melampaui batas sebagai seorang rakan semata-mata. Pastinya anda tahu menghargai individu yang lebih utama dalam hidup anda.
Kalau daripada kawan boleh menjadi kekasih, kenapa tidak boleh kekal berkawan selepas kasih berakhir?
Perlu profesional dalam berkawan, bukan hanya kerjaya.
Bagi pelayar laman-laman jalinan sosial ini, anda perlu ikhlas dan fokus terhadap tujuan anda melayari laman tersebut. Jangan saja-saja melayarinya tanpa matlamat.
Kalau nak cari kenalan, pastikan hubungan betul-betul berjalan dalam keadaan yang dibenarkan oleh syarak dan moral masyarakat yang lazim bukan yang luar biasa hingga meminggirkan amalan budaya tradisi.

Tolong Palestine

Mari kita menolong mereka kini nasib mereka semakin teruk simpati kepada negara yang belum merdeka

Rabu, 28 November 2012

Bagaimana Mengajak Anak Membaca di Rumah

Kini budaya mengajar anak di rumah kembali mendapat tempat. Malah kita boleh dapati ramai budak2 kecil seawal umur 2-3 tahun dan pandai membaca. Sedikit sebanyak prestasi anak2 kecil ni mendorong ibu bapa lain untuk buat benda yang sama dengan anak2 di rumah.
Kalau ikut mereka yang pro-ECE, usia di bawah 3 tahun adalah masa yang paling bagus untuk ajar anak membaca, mengira dn sebagainyalah. Walaupun ramai lagi ibu bapa tak bersetuju atas alasan awal sangat.
Dari pengamatan saya, ada 4 jenis ibu bapa yang mengajar anak di rumah:-
(1) Peminat ECE – mereka ni sebelum anak lahir dah korek info tentang ECE, kaji method yang sesuai, keep record, letak target dan sebagainya.
(2) Kebetulan – mak ayah memang jenis ‘belajar’ di rumah, jadi secara tak langsung anak terikut-ikut
(3) Dari taska – ada taska/tadika yang memberi homework kepada anak2, jadi alang2 buat homework, ibu bapa ajarkan benda lain sekali
(4) Kepelbagaian aktiviti – nak memberikan aktiviti untuk anak buat, kalau tak ada benda nak dibuat kang buat mereka restless
Apa-apa pun langkah pertama untuk buat anak minat dengan buku ialah dengan memperkenalkan asas membaca. Antara asas2 membaca ialah:
- ibu bapa yang membaca
- storytelling
- read aloud
- membaca bersama
Untuk mendapatkan anak yang suka membaca, ibu bapa kena lah rajin membaca. Sangat tak kena bila ibu suruh anak baca buku tapi dia terlopong tengok Cerekarama. Anak besar takpe kot, tapi anak2 kecil dia akan ikut apa kita buat. Bagi dia bila mak dia buat pasti benda tu seronok.
Storytelling atau bercerita tentang kisah2 dongeng atau kisah2 ambiya’ yang mana buku2 nya boleh didapati di mana2. Jadi bila kita membawa anak ke kedai buku, dan dia mendapati ada buku yang kita selalu ceritakan pada dia, anak akan lebih appreciate.
Read aloud adalah tricks untuk ibu/bapa yang sibuk dan tak ada masa nak baca buku. Baca buku yang kita nak baca semasa sesi read aloud (buku yang sesuailah), pada masa yang sama, kita pun dapat gunakan masa untuk membaca.
Baca buku bersama dengan anak pasti lebih menarik. Macam2 jenis buku kanak2 yang berwarna-warni boleh didapati sekarang ni. Antaranya:-
- buku cerita (bergambar dan tulisan tak banyak)
- ensaiklopedia kanak-kanak
- buku2 tentang watak kartun yang anak suka
Walau apa pun, jadikan membaca tu satu aktiviti yang menyeronokkan.. Bila anak seronok, kita seronok, then takdela rasa ‘nak dera anak’ atau rasa dia bosan.
& kalau kita bukan peminat ECE tegar, ‘niatkan’ untuk isi masa anak2 di rumah je… Daripada melopong depan TV kan. Bukan nak suruh dia cepat pandai baca ..(kalau risau anak bosan bila masuk sekolah).
Saya paling suka ensaiklopedia kanak2.. Sebab maknye boleh belajar juga :)