Kini budaya mengajar anak di rumah kembali mendapat tempat. Malah
kita boleh dapati ramai budak2 kecil seawal umur 2-3 tahun dan pandai
membaca. Sedikit sebanyak prestasi anak2 kecil ni mendorong ibu bapa
lain untuk buat benda yang sama dengan anak2 di rumah.
Kalau ikut mereka yang pro-ECE, usia di bawah 3 tahun adalah masa
yang paling bagus untuk ajar anak membaca, mengira dn sebagainyalah.
Walaupun ramai lagi ibu bapa tak bersetuju atas alasan awal sangat.
Dari pengamatan saya, ada 4 jenis ibu bapa yang mengajar anak di rumah:-
(1) Peminat ECE – mereka ni sebelum anak lahir dah korek info tentang
ECE, kaji method yang sesuai, keep record, letak target dan sebagainya.
(2) Kebetulan – mak ayah memang jenis ‘belajar’ di rumah, jadi secara tak langsung anak terikut-ikut
(3) Dari taska – ada taska/tadika yang memberi homework kepada anak2,
jadi alang2 buat homework, ibu bapa ajarkan benda lain sekali
(4) Kepelbagaian aktiviti – nak memberikan aktiviti untuk anak buat, kalau tak ada benda nak dibuat kang buat mereka restless
Apa-apa pun langkah pertama untuk buat anak minat dengan buku ialah
dengan memperkenalkan asas membaca. Antara asas2 membaca ialah:
- ibu bapa yang membaca
- storytelling
- read aloud
- membaca bersama
Untuk mendapatkan anak yang suka membaca, ibu bapa kena lah rajin
membaca. Sangat tak kena bila ibu suruh anak baca buku tapi dia
terlopong tengok Cerekarama. Anak besar takpe kot, tapi anak2 kecil dia
akan ikut apa kita buat. Bagi dia bila mak dia buat pasti benda tu
seronok.
Storytelling atau bercerita tentang kisah2 dongeng atau kisah2
ambiya’ yang mana buku2 nya boleh didapati di mana2. Jadi bila kita
membawa anak ke kedai buku, dan dia mendapati ada buku yang kita selalu
ceritakan pada dia, anak akan lebih appreciate.
Read aloud adalah tricks untuk ibu/bapa yang sibuk dan tak ada masa
nak baca buku. Baca buku yang kita nak baca semasa sesi read aloud (buku
yang sesuailah), pada masa yang sama, kita pun dapat gunakan masa untuk
membaca.
Baca buku bersama dengan anak pasti lebih menarik. Macam2 jenis buku
kanak2 yang berwarna-warni boleh didapati sekarang ni. Antaranya:-
- buku cerita (bergambar dan tulisan tak banyak)
- ensaiklopedia kanak-kanak
- buku2 tentang watak kartun yang anak suka
Walau apa pun, jadikan membaca tu satu aktiviti yang menyeronokkan..
Bila anak seronok, kita seronok, then takdela rasa ‘nak dera anak’ atau
rasa dia bosan.
& kalau kita bukan peminat ECE tegar, ‘niatkan’ untuk isi masa
anak2 di rumah je… Daripada melopong depan TV kan. Bukan nak suruh dia
cepat pandai baca ..(kalau risau anak bosan bila masuk sekolah).
Saya paling suka ensaiklopedia kanak2.. Sebab maknye boleh belajar juga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan